Wednesday, June 24, 2009

Penternakan Ikan Keli Organik

Pengenalan

Ikan keli organik bermaksud ikan keli yang dihasilkan atau diternak dengan menggunakan kaedah pemakanan 100% bahan organic tempatan yang bersih,bermutu dan selamat serta tidak diragui tentang kesuciannya.Kos pemakanan amat menjimatkan serta ringkas cara pengendaliannya,hanya sekali sahaja memberi makan untuk seumur hidup iaitu sehingga hasilnya dituai(3bulan-4bulan)dengan purata berat 5-6 ekor/kg.

Dengan kaedah pemakanan organik,air tidak perlu ditukar,anda hanya perlu mengisi air kedalam kolah/kanvas/tangki fiber 1 kali sahaja sehingga hasil ikan dituai.

Kaedah Perlaksanaan

1. Sistem takungan

Boleh digunakan kolah simen/kanvas/tangki fiber bersaiz 10’x 10’x3’(P X L X T) untuk 10,000 ekor

2. Pemakanan

Setiap 2kg makanan organik untuk 1000 ekor ikan dimasukkan sekali sahaja kedalam kolah/tangki/kanvas sehingga ikan boleh dituai 3 bulan - 4 bulan.

3. Jangkaan Pungutan Hasil

Hasil ikan boleh dijual setelah berumur 3-4 bulan dan purata berat 5-6 ekor/kg.

4. Saiz Benih

Benih ikan keli yang boleh digunakan ialah bersaiz 2½”- 3”.Walaubagaimanapun benih bersaiz 3” lebih baik kerana ianya mempunyai kadar kematian yang rendah iaitu sekitar kurang 20% dan kadar pertumbesaran yang lebih cepat.

Cara Perlaksanaan

Langkah 1

Bersihkan kolah/kanvas/tangki fiber. Kemudian masukkan pasir setinggi 3” dan ratakan.

Langkah 2

Taburkan makanan organik dengan kadar 2kg untuk 1000 ekor benih ikan kemudian ratakan diatas pasir.

Langkah 3

Masukkan air sedalam 6”- 8” kemudian masukkan kiambang kira-kira separuh daripada permukaan kolah/kanvas/tangki fiber.

Langkah 4

Biarkan selama 4-5 hari, kemudian masukkan benih ikan,tambah air sedikit demi sedikit setiap bulan mengikut pembesaran ikan sehingga 1½ - 2 kaki.

Catatan

Bagi kolah simen yang baru dibina, pastikan ianya dibersihkan daripada asid simen terlebih dahulu dengan cara merendam batang pisang bercampur cuka dan kulit nenas sekurang kurangnya 1 minggu, kemudian buang airnya dan masukkan air baru dan barulah boleh digunakan.

Anggaran Belanjawan dan Pendapatan Kasar untuk 10,000 Ekor Keli Organik( 1 Pusingan 4 Bulan)

Kos Operasi

1. Benih saiz 3” 10,000 x 16 sen/ekor =RM1,600.00

2. Makanan organik 20kg x RM20.00/KG =RM 400.00

3. Pallet peralihan 40kg x RM5/kg =RM 200.00

(umur sehari hingga 6 minggu)

Jumlah =RM2,200.00

Pendapatan

Anggaran kematian : 15 - 20%

Anggaran berat : 200gm/ekor

Anggaran harga : RM2.80/kg

8,500 x 200gm x RM 2.80/kg = RM4760.00

RM4760.00 - RM2200.00

Untung kasar =RM2560.00

Dicadangkan pemeliharaan untuk 20,000 ekor/ pusingan/peserta.

Jumlah Pendapatan = RM 2560.00 x 2

RM 5120.00 untuk 1 pusingan (4 bulan)

Purata pendapatan RM 1290.00/bulan.

Pemasaran

Seperti yang kita ketahui, permintaan terhadap ikan keli semakin hari semakin bertambah sedangkan pengeluarannya semakin kurang atas sebab faktor harga makanan pallet semakin tinggi, justeru dengan adanya penemuan baru iaitu dengan pemakanan 100% organik kos pengeluar ikan keli jauh lebih murah dan menguntungkan ditambah lagi dengan rasanya yang lebih enak dan berkualiti.

Kepada mana-mana penternak yang ingin mendapatkan bekalan makanan organik bolehlah menghubungi pihak kami seperti alamat di bawah.

* Syarikat kami juga bersedia membeli balik hasil secara ‘kontrak farming’ .

RAZIP INTERNATIONAL TRADE KG. PETANI SERING, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN.

TEL:0139840911/09-7648248